Apakah yang dimaksudkan dengan waranti 25 tahun dalam sistem solar anda?

Kita sering membaca dan mendengar bahawa sistem solar yang dipasang dirumah, bangunan atau tanah lapang diberi jaminan waranti selama 25 tahun. Adakah anda tahu apakah yang dijamin dalam tempoh 25 tahun tersebut? Adakah sistem itu dijamin selama 25 tahun? Atau solar panel sahaja dijamin selama 25 tahun?

Terdapat 3 jenis waranti dalam sistem solar, iaitu waranti untuk prestasi solar panel, waranti perkakasan/peralatan dan waranti mutukerja. Mari kita lihat setiap waranti tersebut.

Waranti untuk prestasi solar panel  

Waranti ini diberikan oleh pengilang solar panel yang mana ia telah diuji di makmal kilang tersebut berdasarkan spesifikasi suasana ujian tersebut dibuat seperti yang boleh dilihat di belakang panel tertera “Standard Test Conditions (STC)”. Contoh – Solar panel tersebut diuji dalam suhu 25 Celcius, intensiti cahaya 1000 wat per square meter dan lain-lain lagi. Jadi di mana waranti solar panel tersebut? Pengilang akan menyatakan bahawa mereka hanya menjamin solar panel mampu bertahan dan menghasilkan tenaga elektrik untuk tempoh 20 hingga 25 tahun tetapi tidak menjamin solar panel tersebut menghasilkan tenaga elektrik 100% sepanjang tempoh 20 hingga 25 tahun. Ini kerana setiap solar panel yang dihasilkan akan mengalami pengurangan kuasa menghasilkan tenaga elektrik sehingga 2% dari tarikh pengilangan pada tahun pertama dan akan mengurang pada tahun-tahun seterusnya. Pengilang tidak memberi jaminan bahawa solar panel tersebut tahan lasak dan tidak akan pecah dalam tempoh 20 hingga 25 tahun. Namun, manufacturing defect adalah waranti yang wajib diberi oleh pengilang kepada pengguna.

Waranti perkakasan / peralatan

Dalam pemasangan sistem solar terdapat beberapa perkakasan/peralatan yang terlibat, antaranya Solar Panel, Inverter dan Bateri. Setiap perkakasan tersebut mempunyai warantinya yang tersendiri. Sebagai contoh Solar panel mempunyai waranti prestasi sehingga 25 tahun. Inverter yang bagus akan bertahan antara 10 hingga 15 tahun yang mana pengilang selalunya akan memberi waranti untuk 5 hingga 10 tahun. Lebih mahal sesuatu inverter, lebih lama warantinya. Jika warantinya lebih lama, maka pengguna sistem solar tidak perlu menukar inverter banyak kali dan mengurangkan kerosakan sistem solar yang telah dipasang. Bagi mereka yang memasang off-grid sistem, bateri yang berkualiti adalah perlu bagi menyimpan tenaga elektrik untuk kegunaan harian. Lazimnya, pengilang bateri memberi waranti antara 5 hingga 10 tahun bagi bateri mereka. Jika anda pandai menjaga bateri anda, ia boleh tahan melepasi tempoh waranti tersebut.

Waranti mutukerja    

Waranti ini amat penting bagi syarikat yang memasang solar sistem. Ini kerana, tanpa waranti mutukerja (workmanship) syarikat pemasangan solar sistem ini adalah bertanggungjawab sekiranya terdapat ralat dalam pemasangan seperti sambungan yang salah, kerosakan bumbung, kecederaan semasa pemasangan dan banyak lagi. Syarikat pemasangan solar yang bagus adalah mereka yang boleh memberi waranti mutukerja kerana waranti ini akan melindungi kerosakan serta isu-isu penyelenggaraan yang mungkin berlaku selepas pemasangan solar sistem anda. Waranti ini adalah untuk memastikan bahawa sistem anda telah dipasang dengan betul, akan memberi prestasi seperti yang dijamin oleh pengilang solar panel dan melindungi anda daripada kerugian akibat kesilapan atau kecuaian syarikat pemasangan. Waranti mutukerja ini adalah merupakan gold standard dalam industri solar dan ia menandakan syarikat pemasangan tersebut adalah sebuah syarikat yang boleh dipercayai dan mempunyai kualiti kerja yang tinggi.     

Berdasarkan penerangan di atas, adakah anda memahami maksud 25 tahun waranti dalam solar sistem anda? Berdasarkan pemahaman penulis, maksud 25 tahun waranti ini hanyalah terpakai kepada manufacturer warranty dan performance warranty solar panel sahaja dan bukannya kepada keseluruhan solar sistem anda. Yang pasti anda akan mengeluarkan perbelanjaan tambahan dalam tempoh 25 tahun tersebut. Ini belum lagi termasuk kos penyelenggaraan serta isu di mana waranti-waranti tersebut boleh terbatal dengan sendirinya tanpa anda ketahui. Kita boleh diskus isu tersebut dalam artikel lain kelak.  

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

More Posts

Kemunculan Hutang Lapuk Kad Kredit

Hutang kad kredit yang kita sangka dah lapuk tetapi sebenarnya masih aktif telah menghasilkan bunga-bunga dan bertambahnya keberhutangan kita. Sejak dua menjak ni ada queries

100% FREE .
30-Minutes Consultation

To secure your FREE 30-minute consultation, simply fill out the short form below, and hit the link NOW.