Kemunculan Hutang Lapuk Kad Kredit

Hutang kad kredit yang kita sangka dah lapuk tetapi sebenarnya masih aktif telah menghasilkan bunga-bunga dan bertambahnya keberhutangan kita. Sejak dua menjak ni ada queries pasal kad kredit lama tiba-tiba muncul bila debt collector call. Tapi bila minta bank statement mereka tak bagi. Macam-macam pula yang mereka minta dari kita sebab they know its already time barred!
Siapa yang ada kad kredit yang lama-lama tu boleh check sama ada ‘Statement’ masih dapat atau tak dari bank? Dan sila lah buka dan tengok bank statement tu. Masih ada lagi ke hutang-hutang yang tak berbayar? Kalau ada sila terminate kad kredit tu secepat yang mungkin dan bayar hutang kad kredit tu.


Baru-baru satu kes Diners Club (Malaysia) Sdn Bhd lwn Gary Loh Chi-Ming Mahkamah Majistret benarkan permohonan Defendan untuk batalkan Saman Plaintif kerana telah melebihi tempoh statutori (6 tahun) daripada tarikh notis tuntutan Plaintif yang telah dihantar pada tahun 2009. Tetapi Plaintif telah hantar notis tuntutan baru pada 2018. Antara 2009 dan 2018 tak ada tuntutan dibuat. Dah lepas 6 tahun baru Plaintif tuntut semula. Tetapi Defendan ada contact Plaintif pada bulan Oktober 2018 untuk berbincang. Plaintif tidak puas hati dengan keputusan Majistret tersebut dan telah merayu ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan Plaintif dan memutuskan kes Plaintif masih dalam tempoh had masa atas alasan-alasan berikut:-
(a) Kena rujuk kepada kontrak antara Plaintif dan Defendan (i.e. terma-terma dan syarat-syarat kad kredit) – boleh rujuk kepada Borang Permohonan Kad Kredit; (b) Klausa yang menjerat pengguna adalah seperti berikut:- “Charges incurred by Cardholder shall be at the absolute discretion of Diners Club become immediately due payable regardless of Clauses 4 & 6 aforesaid if Diners Club so demand payment of the same (whether orally or in writing) or render a statement…”
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa klausa dalam borang tu “constitute a running account” seperti yang telah diputuskan dalam kes Re Footman Bower & Co Ltd [1961] 2 All ER 161 (sila Google). Secara ringkas, “running account exist where debtor-creditor relationship is recorded in one account, and there is a single and undivided debt for the amount due over time”.


Soalan perbincangan:
1. Antara tahun 2009 hingga 2018 tiada tuntutan dibuat – adakah tempoh 6 tahun boleh digunapakai? Jika boleh, maka Plaintif memang dah waive hak dia dalam undang-undang.
2. Antara statutory rights dengan contractual rights, mana akan prevail? Jawapan dia Statutory Rights.

Anda ada pertanyaan? Boleh hubungi kami terus atau emel kami melalui ruangan yang disediakan.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

More Posts

TORT OF PRIVATE NUISANCE

“A person who suffers interference with the enjoyment of his land or property due to the actions of another person can sue the wrongdoer to

100% FREE .
30-Minutes Consultation

To secure your FREE 30-minute consultation, simply fill out the short form below, and hit the link NOW.